Saturday, 27 September 2014

Latihan Kata Kerja

Pilih jawapan yang betul.


1.Pakaian Amy yang ____________ di ampaian basah kerana kehujanan semalamam.

A. digantung
B. ditambat
C. diangkat
D. disidai

2.Penjenayah itu _____________ agar hukuman penjara terhadapnya dikurangkan.

A.membalas
B.membuat
C.meminta
D.merayu

3.Perbuatan suka _____________ dinding bangunan dan telefon awam patut dihentikan.

A.menulis
B.melakar
C.mengecat
D.menconteng

4.Laili hanya ______________ kepalanya ketika dimarah oleh guru kelasnya kerana sikapnya yang malas.

A.memalingkan
B.memusingkan
C.menundukkan
D.mendongakkan

5.Air Sungai Melaka _____________ deras apabila hujan turun tiak henti-henti.

A. melalui
B.mengalir
C.mengikut
D.membasah

6.Penjaga gol itu _______________ bola itu dengan kuat hingga ke tengah padang.

A.meminta
B.menggolek
C.menangkap
D.menendang

No comments:

Post a Comment