Latihan Kata Kerja
A. Gariskan kata kerja yang sesuai.
1. Habibah ( mencuci , menggosok ) giginya sehingga bersih.
2. Ranjit dan Siva ( menonton , memancing ) ikan di tepi sungai.
3. Jehan ( mengutip , memijak ) kaca-kaca itu lalu memasukkannya ke dalam
tong sampah.
4. Anis ( membawa , mncampak ) buah tangan semasa menziarahi sahabatnya.
5. Ibu ( memberus , menyimpan ) baju di dalam laci.
6. Puan Chan ( membelah , memotong ) sayur dangan sebilah pisau.
7. Nana (menangis , menunggu ) ibunya di luar kedai Ah Seng.
8. Budak nakal itu ( memanjat , menolak ) tiang bendera.
9. Kucing itu sedang ( mengejar , menolak ) seekor tikus.
10.Amir ( menonton , mengulang kaji ) pelajarannya dengan tekun.
B. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
terlanggar
|
menyusun
|
mencari
|
mencuci
|
menggantung
|
terjatuh
|
menambat
|
menangis
|
1. Rajesh ____________ sekuat-kuat hatinya kerana ketakutan.
2. Fauzan ____________ di tengah padang.
3. Puan Mahesh _____________ sayur bayam itu hingga bersih.
4. Kereta abang Haris remuk kerana ___________ pokok.
5. Zuhairi _____________ kambingnya pada sebatang pokok.
6. Ayah sedang _____________ surat khabar lama di dalam stor.
7. Aizat ___________ seluar sukannya di tepi dinding.
8. Jalilah ____________ anak kucingnya di belakang rumahnya.
No comments:
Post a Comment